Labels

KUIZ ASEAN KHAS 2015 (ANJURAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA DAN MAJLIS BELIA MALAYSIA)


Untuk pengetahuan semua, Kuiz ASEAN Khas 2015 akan diadakan pada 11 April 2015 di seluruh negara. Pertandingan ini dianjurkan sejajar dengan hasrat dan aspirasi Kepimpinan Kerajaan untuk merakyatkan ASEAN berasaskan tema "Warga Kita, Komuniti Kita, Visi Kita" (Our People, Our Community, Our Vision). Kini pendaftaran telah dibuka pada 1 Mac hingga 31 Mac 2015.


Syarat-Syarat Penyertaan & Pendaftaran

1. Warganegara Malaysia
2. Penyertaan dibuka kepada semua BELIA warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun.
3. Tiada had maksimum jumlah penyertaan bagi setiap negeri.
4. Pendaftaran mesti dibuat secara atas talian di Laman Web Jabatan Penerangan Malaysia iaitu www.penerangan.gov.my bermula pada 1 Mac 2015 - 31 Mac 2015 secara atas talian sahaja.
5. Peserta wajib mempunyai emel sendiri.
6. Semua peserta bertanding atas nama individu.
7. Peserta adalah digalakkan menjawab soalan menggunakan PC atau laptop. Penggunaan telefon pintar adalah dibenarkan. Walaubagaimanapun, semasa menjawab soalan peserta dinasihatkan supaya tidak menjawab panggilan kerana ia akan menyebabkan talian terputus dan peserta perlu menjawab semula soalan bermula dari nombor 1. Penganjur TIDAK bertanggungjawab jika perkara ini berlaku.
8. Peserta wajib mematuhi peraturan-peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh urus setia dari semasa ke semasa.
9. Kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia adalah tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
10. Keputusan panel Juri adalah MUKTAMAD.

Sumber Dari : Kementerian Pendidikan Malaysia

-ADMIN

No comments: