Labels

TAWARAN SEBUT HARGA UNTUK KANTIN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA LANAR

1.         Tawaran adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berminat untuk mengendalikan kantin sekolah bagi tempoh mulai dari 01.12.2017 hingga 31.11.2019 (maksima 24 bulan).

2.         Sebut harga hendaklah dihantar di dalam sampul surat berlakri dan bertanda “SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH” di bahagian atas sudut kiri. Borang serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan hendaklah sampai ke pejabat sekolah pada atau sebelum 03.11.2017 jam 12.00 tengah hari.

3.         Setiap sebut harga hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 150.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Lima Puluh sahaja) dalam bentuk kiriman Wang/Wang Pos/draf bank atas nama Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kuala Lanar. Permohonan tanpa wang pertaruhan tidak akan dilayan dan dipertimbangkan. Wang pertaruhan akan dikembalikan semula kepada pemohon-pemohon yang tidak berjaya.

4.         Borang-borang serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan boleh didapati di pejabat sekolah dari 03.10.2017 hingga 03.11.2017 pada waktu pejabat secara PERCUMA.


5.         Jumlah anggaran murid-murid, guru-guru dan kakitangan untuk tahun 2017 adalah seperti berikut:


                        Jumlah Murid               -           109 orang
                        Jumlah Guru                -           17 orang
                        Jumlah Kakitangan      -           9 orang



Keputusan Jawatankuasa sebut harga adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.


- ADMIN

No comments: