Labels

MAJLIS AKU JANJI PELAJAR DAN IBU BAPA SERTA PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 6 SK KUALA LANAR 2018

IBU BAPA / PENJAGA
MURID TAHUN 6
SK KUALA LANAR
27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR.

Tuan / Puan,

MAJLIS AKU JANJI PELAJAR DAN IBU BAPA SERTA PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 6 SK KUALA LANAR 2018

Dengan segala hormatnya, pihak kami menarik perhatian tuan / puan mengenai perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan majlis tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 17 Januari 2018
Hari : Rabu
Masa : 12.00 Tengah Hari – 2.00 Petang
Tempat : Makmal Komputer, SK Kuala Lanar.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berbesar hati ingin menjemput tuan / puan untuk ke majlis tersebut. Segala kerjasama yang diberikan amatlah kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah



…………………………………….
JASMAWARI BIN MAJID,
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kuala Lanar
27200 KUALA LIPIS.

No comments: