Masa yang dinantikan telah tiba! .
Hai adik-adik semua! .
Kak admin ingin mempelawa adik-adik untuk menyertai Peraduan Mewarna KPM x Boboiboy di Instagram! Adik-adik berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik Boboiboy! Seronok tak? .
Ada 2 kategori iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah.
Apa yang adik-adik perlu lakukan? Mudah sahaja.
Cara-cara sertai peraduan :
1) Cetak (print) poster yang kak admin berikan mengikut kategori masing -masing. (pautan poster seperti di bawah)
2) Warnakan poster menggunakan pensel warna SAHAJA (bagi kedua-dua kategori) .
3) Kemudian, ambil gambar poster berkenaan dan muat naik di akaun Instagram adik-adik. Gambar poster mestilah jelas dan terang
4) Sertakan #KPMBBB pada status poster berkenaan. .
5) Tag 10 rakan adik-adik .
6) Jangan 'private' akaun Instagram adik-adik .
Peraduan ini berlangsung bermula 1 Disember hingga 24 Disember 2018.
Pemenang pertandingan akan kak admin umumkan di Instagram @kempendidikan
Nak menang hadiah dari Boboiboy? .
Sertai peraduan ini sekarang!
Mungkin adik-adik adalah pemenang yang kak admin cari!
Tag 10 rakan adik-adik. Ajak mereka sertai sekali! .
#KPMBBB
Muat turun poster mewarna di bawah:
1) Sekolah Rendah
2) Sekolah Menengah
Sumber Dari : Kementerian Pendidikan Malaysia
-ADMIN
No comments:
Post a Comment