Labels

KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2015



Jumlah murid menduduki : 14 orang


Peratus Kelulusan UPSR 2015
Bahasa Melayu Pemahaman : 100%
Bahasa Melayu Penulisan : 100%
Bahasa Inggeris : 92.9%
Matematik : 85.7%
Sains : 100%


Pelajar yang mendapat 5A : 2 orang. 
Tahniah kepada yang pelajar berkenaan.

-ADMIN

Penutupan sekolah pada 5 dan 6 Oktober 2015




KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid telah mengarahkan semua sekolah di seluruh negara kecuali Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah ditutup pada Isnin dan Selasa ini ekoran keadaan jerebu yang semakin merosot.

Penutupan sekolah di beberapa negeri itu dinyatakan oleh Mahdzir melalui laman Facebook dan Twitternya hari ini.

"Pengumuman: 


Semua sekolah di seluruh Malaysia diarah tutup selama dua hari (5 dan 6 Oktober 2015) kecuali sekolah-sekolah di negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah. Guru dan murid tidak perlu hadir ke sekolah.


2. Sekolah-sekolah terbabit TIDAK PERLU menggantikan persekolahan mereka akibat penutupan ini. 



3. PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual. Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu."



Tambah beliau, selain murid, guru-guru juga tidak perlu hadir ke sekolah."

"Sekolah-sekolah terbabit tidak perlu menggantikan persekolahan mereka akibat penutupan ini. PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual.

"Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu," katanya.


Situasi jerebu pada pagi Ahad semakin kritikal dengan lima kawasan setakat jam 11 pagi tadi mencatat bacaan IPU yang sangat tidak sihat.


Pencerapan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada tengah hari Ahad mendapati Shah Alam, Selangor merekodkan bacaan tertinggi dengan ipu 308, iaitu bacaan IPU berbahaya.

Sebelum ini, Mahdzir berkata, sekolah akan ditutup apabila IPU mencecah 200.

Kementerian Pendidikan dalam pada itu juga tidak bercadang menurunkannya kepada tahap IPU 150 sebagaimana diminta oleh beberapa pihak termasuk persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).

Menurut Mahdzir, penetapan tahap IPU pada 200 sebelum sekolah-sekolah ditutup itu merupakan prosedur yang telah ditetapkan oleh jabatan kesihatan serta JAS.


Bacaan IPU antara 0 dan 50 ditarifkan baik, 51 hingga 100, sederhana, 101 hingga 200, tidak sihat, 201 hingga 300, sangat tidak sihat dan 300 ke atas ditarifkan sebagai berbahaya.

Bacaan terbaharu IPU boleh didapati di laman web apims.doe.gov.my.

Sumber - Astro Awani

-ADMIN

PERTUKARAN KELUAR

NAMA : ZAKARIA BIN OMAR
TARIKH PERTUKARAN KELUAR : 16.04.2015
PERTUKARAN KE : SK Benta, 27300 Kuala Lipis

JASAMU AKAN DIKENANG.

-ADMIN

PERTUKARAN MASUK

NAMA : AMINUL AZAM BIN ABDUL MUKTI
JAWATAN : GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
TARIKH PERTUKARAN MASUK : 16/04/2015
PERTUKARAN DARI : SK KERAMBIT, 27200 KUALA LIPIS, PAHANG

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS.


 -ADMIN

SKIM PERLINDUNGAN MURID SEKOLAH 2015



Sila muat turun maklumat berikut :-

Surat Pelaksanaan TPSM Tahun 2015

Appendix A TPSM Tahun 2015

Appendix B TPSM Tahun 2015

Borang Tuntutan TPSM Tahun 2014






Sila muat turun maklumat di bawah:

SURAT PELAKSANAAN SIMS SPAD TAHUN 2015

LAMPIRAN A SIMS SPAD TAHUN 2015

BORANG TUNTUTAN SIMS SPAD 2015

Sila klik pautan di bawah untuk mendaftarkan murid yang menaiki bas/van sekolah (Bagi Semenanjung Malaysia sahaja)



Pautan ke Laman Web SPAD Klik di sini

Sumber Dari : Kementerian Pendidikan Malaysia

-ADMIN

KUIZ ASEAN KHAS 2015 (ANJURAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA DAN MAJLIS BELIA MALAYSIA)


Untuk pengetahuan semua, Kuiz ASEAN Khas 2015 akan diadakan pada 11 April 2015 di seluruh negara. Pertandingan ini dianjurkan sejajar dengan hasrat dan aspirasi Kepimpinan Kerajaan untuk merakyatkan ASEAN berasaskan tema "Warga Kita, Komuniti Kita, Visi Kita" (Our People, Our Community, Our Vision). Kini pendaftaran telah dibuka pada 1 Mac hingga 31 Mac 2015.


Syarat-Syarat Penyertaan & Pendaftaran

1. Warganegara Malaysia
2. Penyertaan dibuka kepada semua BELIA warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun.
3. Tiada had maksimum jumlah penyertaan bagi setiap negeri.
4. Pendaftaran mesti dibuat secara atas talian di Laman Web Jabatan Penerangan Malaysia iaitu www.penerangan.gov.my bermula pada 1 Mac 2015 - 31 Mac 2015 secara atas talian sahaja.
5. Peserta wajib mempunyai emel sendiri.
6. Semua peserta bertanding atas nama individu.
7. Peserta adalah digalakkan menjawab soalan menggunakan PC atau laptop. Penggunaan telefon pintar adalah dibenarkan. Walaubagaimanapun, semasa menjawab soalan peserta dinasihatkan supaya tidak menjawab panggilan kerana ia akan menyebabkan talian terputus dan peserta perlu menjawab semula soalan bermula dari nombor 1. Penganjur TIDAK bertanggungjawab jika perkara ini berlaku.
8. Peserta wajib mematuhi peraturan-peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh urus setia dari semasa ke semasa.
9. Kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia adalah tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
10. Keputusan panel Juri adalah MUKTAMAD.

Sumber Dari : Kementerian Pendidikan Malaysia

-ADMIN

Makluman PIBG SK Kuala Lanar

Dengan dukacita dimaklumkan Ckgu Azaman bin Aziz (Pengerusi PIBG SK KUALA LANAR) telah kembali ke Rahmatullah pukul 8.05 pagi pada 6 Februari 2015.



Sumber Dari : Group SK Kuala Lanar

-NOR JULIANI

PENEMPATAN

NAMA : ROZ'AIN JANNAH BINTI MOHD ROSMI
TARIKH MULA BERKHIDMAT : 29/01/2015


SELAMAT MENJALANKAN TUGAS.

-ADMIN

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2015 (16.01.2015)

Aktiviti pembuka tirai.


Ceramah. Agar dapat menambah kecintaan kepada kekasih Allah.


Selawat bergema di pagi mulia. 

Tahap 1. Kolaj

Tahap 2. Coretan sajak UNTUKMU YA RASULULLAH dari hati yang tulus.


-NOR JULIANI

PEMBAYARAN WANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (RM100)

Kepada ibu / bapa / penjaga murid SK Kuala Lanar.

PEMBAYARAN WANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (RM100) akan diagihkan pada hari esok, hari Khamis (08.01.2015) jam 9:30 pagi bertempat di makmal sains sekolah.

Sila bawa KAD PENGENALAN bersama semasa proses agihan.

Terima kasih atas kerjasama anda..

Sumber Dari : Group Facebook SK Kuala Lanar

-GPK HEM

PERTUKARAN KELUAR

NAMA : PUAN SALINA BINTI MOHAMED
TARIKH PERTUKARAN KELUAR : 01.01.2015
PERTUKARAN KE : SK WAN IBRAHIM, KUALA LIPIS, PAHANG 

JASAMU AKAN DIKENANG.

-ADMIN

PERTUKARAN MASUK

NAMA : MOHD REDZUAN BIN MAMAT
TARIKH PERTUKARAN MASUK : 01/01/2015
PERTUKARAN DARI : SK INDERA SHAHBANDAR PAHANG, SMK CLIFFORD, KUALA LIPIS, PAHANG

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS.

-ADMIN

MURID-MURID SK KUALA LANAR 2014

 PRASEKOLAH IXORA

 TAHUN 1

 TAHUN 2

 TAHUN 3

 TAHUN 4

 TAHUN 5

TAHUN 6

PENGAWAS SEKOLAH

PENGAWAS PUSAT SUMBER


-NOR JULIANI

Penangguhan Sesi Persekolahan Tahun 2015 Akibat Banjir

Seperti sedia maklum bahawa YAB Menteri Pendidikan pada 29 Disember 2014 telah mengumumkan penangguhan permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2015 selama seminggu. Sehubungan itu, tarikh baru permulaan sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad) dan bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan surat siaran kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan semua sekolah memaklumkan tentang penangguhan tersebut.

Sumber Dari : Kementerian Pendidikan Malaysia

-ADMIN

PERTUKARAN KELUAR

NAMA : PUAN ADZNA BINTI AHMAD
TARIKH PERTUKARAN KELUAR : 01.01.2015
PERTUKARAN KE : SK LESONG BATU, MELAKA PINDAH, ALOR GAJAH, MELAKA 

JASAMU AKAN DIKENANG.

-ADMIN